Sunday, April 19, 2015

Kembali normal

Salam.

Aku kembali normal. Aku ada 17 hari lagi untuk prepare for viva voce. Fuhhh nebesss. Tapi aku langsung tak study lagi. Kat ofis langsung tak bole nak study. Macam mana nak study pintu ofis tu sek ade je org buka cari prof, tanye itu ini. Jawab fon, etc2.. penatla. Aku akui aku takle la keje bawah org, maksudnya orang constantly arah2 aku. Tak bole. Menyirap je. HAHAHA. Dah tu namenye kerani, memangla sek kene arah je. Tapi aku siyes aku tak leh sbb macam when they ask u to do certain job, they expect u to do it now, urgently, asap and obediently. Serabut pale aku. Tau arah je. Macam dorg pandang rendah. Aku pom xtaula. Aku hanya speculate. Huhu. Tak elok tak elok. Takpe tahan sikitt je pastu jangan harap aku nak smbg kontrak lagi. Aku takle wat keje admin. Kalo suh aku buat keje research, aku paham, aku bole buat tak kira camne skalipom kne arah. Insyaallah bole kalo cmtu. Tapi admin? Sorry aku has so much temper. Kadang2 aku kesian jugak kat students yg tanya bla2.. tapi nak wat camne dorgnye timing always xkene. Kene tanye sikit kene sembur. Yela kadang2 dok menanye aku itu ini, macamla aku keje admin dah 10 tahun..! Apola. Men suruh je. Mentang2 aku ni kerani katenye, harusla buat all admin things. (Ok. mmg pom....KERANII). Aku try from tomorrow ubah attitude. Hahaha tp macam mustahil sbb aku tengah serabut nak siapkan paper and slide.. hahahah. Kita tengok jela macam mana. Patotla kawan2 lelaki cakap aku ni garang sangat, dats why tak de org nak dekat. 

Whatever...!

Tuesday, April 14, 2015

Please bear with me.

Salam. Agak lama terkubur blog ni tapi standardla tu blogger sendu yang aku ni. Rasa nak meroyan, baru tulis. HAHA. Scroll2 balik, hoi post2 yg recent (sgt) mmg bab meroyan je. HAHA. Takpela nak buwet macam mano. This phase lame sikit. So, mari layan royanan aku 

Entahla kenapa aku ni.. Tiba-tiba hati jadi sayu lagi. Buka fb dia lg, scroll gambar2 lama kami. Agak gila bila bole tersenyum2  tengok gambar2 tu but we know what happen next. Nangis. Sayu sungguh rasa. Bahagia sungguh dulu. Poyo memang poyo tapi aku tak tahu kenapa aku susah sangat ya allah nak lupa. Menitik air mata aku tengok last msj dia. I quoted. “ Kalo nk tunang or kawen , gtaula”. eRGHH. gILO KE APE AKU NAK GTAU. tercaps lock. Mungkin senang bagi dia tapi bukan utk aku. walaupom da lame gile aku xcontact ke ape. oo maii. loser. loser. loser! Apa yang sepatotnya aku buat? Ya, redha. Aku redha. Tapi aku xle lupa. Sungguh. Payah. Gila xgila aku ni dah lame kot aku xsame ngan dia. Gila. Loser! Big L!!! Xmove on in cinta life. Nak move on camne, dah xterdetik dah hati aku ni nak suka mane2. Ke mungkin sbb aku dah tua? Cinta bunga2 ni dah hilang dari hati aku? Tapi nak bercinta , dicintai. Poyo. Just bear with me. Sekarang aku dah 26, skrg dah bulan 4, hoii nak separuh tahun dah but im still like this. Org lain dok hari2 post pasal hubby (stress!), babies (nak jugakkk…!!), tapi aku? Still living the same way i`ve lived for the past seven years. Dok kat sini lagii. Bukanla aku xbersyukur, xcuba cari fun lain tapi i just feel tired. Just tired. Tired sbb ape pom aku xtau. 

Kalo setiap kali aku tengok balik gambar2 lame, aku jadi rindu. Rindu gila. Rindu sangat. Rindu. Rindu… Indah rasa rindu ni bila berespon tapi utk situasi macam aku, rindu itu jadi pedih, sakit, sedih. Sedih sebab rindu yang tahu rindu itu xkemane2 , bazir tenaga hati je. Rindu sorang2. Aku rindu. Gila aku rasa aku ni. Aku pom tak sangka I can have the exact same feeling I had 4 years back when I was so in love with him. So much in love. So much rindu now. Quit amazing bila aku fikir. Yela bukannya ada contact, jumpa ke apa, tp the feeling is there. Stick like a glue, there. Yang bezanya, jauh nun disana. 

Aku jadi macam ni adala dua bulan sekali. Aku tahu kalau jodoh xkemana, takdir aku maybe dengan org lain , org lain is better etc. Tau sume tu, tapi msalah sekarang ni satu. Perasaan aku ni sama lagi, cuma rasa sorang2 jela. Omaigod. Bengong sungguh statement. Ok aku elaborate lagi. Sama tp xsama sbb aku sorg je rasa. Senget gila. How can u love someone who clearly dont have the same feeling as u, plus, xmsj, xcall, xjpe, xfb, xeverything for the longest time u can everrr remember..! I must love him so damn much..! L!!! Mungkin aku tengok gambar kahwin dia or gambar gf or pompuan related things baru aku leh move on. Betul la org ckp, cara paling cepat to forget someone we love is by confirming he already replaced u..! or u replace him. 

Power gila rasa cinta aku ni. HAHAHA. Ok, gila. Aku wonder. Ada ke org cam aku ni kat luar sana. Ada ke? Bole ke stick ngan perasaan syg rindu yg sama walaupom dah xdek ape2 for a very long2 time. Serius lama. At the same time, aku nak kawen, dan aku akan terbuka utk consider anyman (reasonable man la) to be my husband. Mungkin juga dgn cara situ, aku bole move on. Bole move feeling syg cinta itu kpd yang lebih berhak, jadi xdekla membazir tenage hati dan dapat pahala lagi. 

Ni bukan poyo2 punya cinta. Yang macam alaa tu pom nak meroyan camni. Bukan . ni BUKAN MACAM TU. Aku pom meyampah jugak dulu kalau someone tell me this kind of story. Naik meluat jgkla. Move on la. Come on la etc. etc… I will eventually but I need more time. When the time is right, THE ONE will come. Insyaallah.

Wednesday, December 18, 2013

Kerinduan Lagi.

Assalamualaikum.

 Disebabkan mood aku skang mood orang tngh putus cinta walaupom dalam hati aku nia ada sedikit sebanyak perasaan yakin yang kami akan bersama semula. Lantaklah nak cakap aku mood tahap jiwang haparak pom. Aku jadi macam kurang betul pom ada jugak ni. Mungkin sebab aku teett... Setan senang pengaruh. Huhu. Aku tak taula kenapa perasaan aku jadi macam ni. Semua benda before and after still sama. Tak dek yang berubah pom. Tadi aku msj dia kat fb. Akhirnya. Sebab entahlah aku rasa aku kena luahkan sebelum jadi nanah. Aku tau mungkin berkurun nanti baru dibukaknya fb tu and sbb tu jugaklah aku brani msj kat fb.

Aku ni dah 24 dah, lagi sikit je nak masuk 25. Awal awal tahun lagi aku dok berangan aku akan kawen tahun depan, tapi nak buat macam ni. Aku pom tak tahulah salah ke betul apa yang aku buat ni. Entahlah. Search punya search, dari dok melayan setan, baiklah aku salurkan kerinduan aku yang menggunung ni ke arah yang lebih islamik. Huhu. Ye, aku mmg berharap we will be back together again . Married. Insyaallah jika itu jodoh aku Ya Allah. Jika tak, kena kawen dengan pilihan mak aku lah..



"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang  membawa daku menghampiri-Mu..


Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..


Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..


Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..


Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.."






" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "


Aku harap dia juga begitu. Mecintai aku, menyayangi aku kerana-Nya, kerana mencari keredhaanNya. Andai ini jodoh kita, aku harap dia akan membimbingku ke arah jalanMu. Andai ini bukan jodoh kita, redha seikhlasnya walaupum sukar. Pasti ada yang lebih baik menanti. Yakinlah dengan Allah. InsyaALLAH. Amin..







Wednesday, December 11, 2013

Rindu Setengah Mati.


            Aku rindu...sangat sangat. I miss you so much it hurts. Sometimes I hope you miss me and love me asa much as we had loved each other. I miss our old days. I dont know what to do, to think, to act, to whatever. I miss you. Deeply. I love you. Wholeheartedly. I dont know if you are my destiny. I dont know if we are meant for each other. I hope we both keep praying until Allah gives His answer. I am scared if I text you, telling you how much I miss you, that will be a mistake Im trying so hard to avoid. I want to post on fb, I miss you, in a lil hope that you know I am missing you every day, every single seconds. But I just cant. How miserable my life without you. So much missing you. I will always keep and treasure your ring, your last gift as much I have treasured your other gifts. I still sleeping with Bebear with that blue shirt, I still have everything you gave or things we did together.. I didnt change a bit except your photos. I cant bear to look at it, yet, I still remember your face clearly. Ya Allah.. I miss you so much. Did I make mistakes? If you love someone else someday, I dont know......... I miss you. I cant do anything. I just praying and waiting... I`ll wait till takdir tears us apart. 


       Ya Allah, jika dia benar untukku, jika dia jodohku, jika dia imamku, jika dia orang yang dapat membahagiakan aku, keluarga aku dan orang orang sekelilingku, maka, dekatkanlah hatinya dengan aku, satukanlah kami, permudahkanlah jodoh kami, bimbinglah hati kami kepadaMu tetapi jika dia bukan untukku, redhakanlah hati kami, tenangkanlah hati kami. Hanya engkau Ya Allah tempat kami berserah segala-galanya. Amin.. 





Tuesday, August 13, 2013

#Golden1







"Apalah sangat kebahagiaan diri ini jika dibandingkan dengan kebahagiaan ibu bapa? Redha seikhlasnya adalah kunci utama untuk membahagiakan diri dan keluarga. "



Wednesday, July 24, 2013

Bulan puasa pom dibuli juga

Salam..


On the way p lab...


Ada perasaan kurang enak..Aku dapat rasakan akan berlaku lagi perkara yang aku tak dapat elakkan - DIBULI


Dalam lab....


Alhamdulillah tidak terjadi perkara tidak elok...



Dalam lab setengah jam kemudian....



Aku dah lama tak rasa marah membuak-buak macam tadi. Mengigil-gigil marah.. Nak menjerit tak boleh sebab dalam lab dan pembuli itu juga berada dalam lab lagi. Dengan selamba bergelak ketawa macam tidak melakukan apa-apa yang salah..


Dek kerana tidak tertahan rasa marah ni, aku hentikan kerja kejap masuk dalam kat meja aku , tutup pintu, lalu ketapkan bibir dan menangis. Kepala rasa pening macam nak pitam lalu terpaksa duduk. Kawan aku (kebetulan ada dalam bilik itu ), terkejut dan takut melihat aku yang dadanya berombak-ombak (nasib tak seksi dan kawanku perempuan), mata merah, bibir ketap-ketap menahan marah. 


Nasib baik dalam bulan puasa. Aku tahan amarah ni (5minit jugak nak ilang), tidak diceritakan kepada kawanku apakah sebabnya dek memikirkan bulan puasa. huhu. (kalo tak, dah lama aku jerit depan muka budak tu..haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....lameeee dahhhhhhhhhh keneeeee)


Aku tidak paham sama sekali mengapa manusia boleh jadi seperti itu tidak seaccording dengan penampilannya yang sentiasa ber-up-to-date dan bergaya.


Aku tidak paham macam mana dia boleh berperangai macam itu terhadap aku tanpa ada perasaan respek, timbang rasa, humanity dan boleh buat dekkkk jerrrrr.


Aku tahu ni bulan puasa, tak elok nak cakap macam ni..Tapi aku tak paham kenapa dia macam tu. Kenapa boleh berperangai macam tu. Kenapa ya? Tak boleh ke kita jgn ada sikap dengki mendengki, nak bersaing je (cara elok tak pe, kalo gune cara jahat? ), hipokrit tahap dewa, selfish, kalau ada kepentingan baru buat baik ( kalau pembuli tu cakap baik je, aku terus ok. Aku maafkan (dalam hati)  Sungguh loser rasanya ...)






p/s : Bulan puasa ni setan tak ada dah, tapi kalau ada lagi manusia yang berbuat jahat, menganiaya saudaranya, maka manusia itu sendirilah setannya. Betul ke? Renung-renungkan~









Sunday, June 30, 2013

Impian dunia terkini



Haluuu...

Nak share satu bende dunia yang aku tengah idam-idamkan nie..
Dulu dah ada dah satu...tapi...sebab tarak duit terpaksalah jual balik selepas sehari guna.'_'
Tapi tidak mengapa..aku tengah berusaha untuk mengumpul duit ..
Semoga dimakbulkan impian ini.. Amin..

*tak pe ke minta doa dimakbulkan untuk bende dunia?Tapi bukan aku sebab nak buat maksiat.. gila ke? Tapi mungkin boleh jadi juga kan tanpa disedari.. Hmmm... *
 Kalu niat baik, tak pe kot? Insyaallah untuk tujuan baik-baik. Heeeeee


Saspen lak rasanya...ahahahah... marilah ahkak berkongsi salah satu benda dunia ahkak nakkk sangatttt..







Ohmaigoattt... Ohsamnyaaaaaa.






Tak tahula kan kalu tak berkenan lagi ngan super super gorgeous my next Riri.. Muahhahaha






Ada jugak yang warna pink.. Cantik. Aku ni bukannya gila pink sangat tapi yg warna pink cantik wooo.. Rasa gadis-gadis gitu.. ^^

Santekkk tak?



Oren pom hado yo.





Tapi rasanya yang jual kat kat sini hitam putih je. Takpelah aku berkenan yang suci bersih tu =D Insyaallah tahun depan tercapaila..Amin..

Lama sangat ek. Haruslah..
RM300 x 6 bulan * Hahahaha. Aku yang taip ni pom rasa apahal melampau sangat nak tunggu 6 bulan baru tercapai satu impian? hahahah..