Friday, January 27, 2012

Perkara-perkara duniawi

Tajuk macam berilmiah tapi....


Aku ada beberapa perkara dunia yang aku nak. Dalam erti kata lain, my duniawi wish-list. Kalau sebut duniawi, selalunya perkara-perkara lagha dan memerlukan duit.harusla...-_-''


1) Telefon Bimbit Samsung Nori kaler Oren


Memandangkan handfon aku skang tersgt super duper sensitip, kasar sikit terus mati, org call terus mati, 3 button kat keypad dah xberfungsi, screen macam kena acid, so, this gadget has become my top priority. nasib baik, si Nori ni belum sampai kat Malaysia lagi (rasanyala berdasarkan update bulan2 lepas..huhuhu..), so bolela tangguh jap ( walhal duit makan pom kena catu.sedih! )



Ok, time ni macam pink lagi menarik.hmm


Tetapkan iman.kaler oren jugak!




2) Nikon 1 J1 (Special Pink Edition )


Sebenarnya teringin nak pakai Nikon D3100, almaklum ketinggalan zaman orang dah berzaman pakai, aku baru nak kumpul duit.tapi xpa, xpa, studentkan.biasala xdek duit. tapi disebabkan kamera nikon ni sangatlah pinky2, cantik comel gorgeous gila , maka iman aku tersasar sedikit. tapi, fyi, im not a cam whore ok? aku suka ambik gambaq, xberapa nak suka bergambar.



gile GORGEOUS you!!!



ha, amek kau. dapat special kit ni, xdak apa da aku mintak pasni -_-''



3) Beg Carlo Rino pujaan hati beta..Lalala~~~


hak ni memang betol2 xdak kerja habihkan pitih jala.huhu. tapi oleh kerana aku peminat tegar beg2 ni, maka dapat 1 beg Carlo Rino pom xpa dah. Kenapa Carlo Rino? Sbb sangat2 cantik die punya material, corak2nya mmg kena ngan jiwa muda aku, sangat padan ngan citarasa bag aku (cam sama je reason, layan jela),dan sangat2 nak la.hak.hak. aku ni bukan nak bergaya, kalau nak bergaya lebih baik 1 badan aku bergaya bukan ngan beg ja, tapi sebab BEG tu memang berkenan habiss, nak wat camna lagi.ha....dan... aku memang dah beli pom.huahahha.. bulan2 lepas lagi, sampai sekarang xguna2.sayang gila kot! tunggu start sem barula.hehehe..abes duit beli beg, makan dari 2 kali sehari jadi sekali sehari. Sandal putus sayang nak kuar duit beli baru, so p kelas, pakai selipar jepun rm19.90 jela..muahahahhaha..

tapi gamba xdekla. Aku search punya search kat website dia, kat en.googley, xdek pom. Mungkin beg aku tu yang collection lapuk kot, yang dari season mana pom xtau, tapi aku tengok ada ja lagi kat kedai2 dia.huhu. Nak amek gamba, malaih eh. kalau ada nikon pink tu, yela jugak.hak.hak.hak.



4) SK ii Pitera Essence Set


ha, yang ni pulak sebab berangan nak dapat kulit halus mulus bak kulit baby. Memandangkan kulit muka aku sekarang kategori kulit muka xbermaya, jerawat wajib keluar, makeup pom haram aku nak pakai, maka SKii adalah satu kemestiaan! Aku mengaku aku sangatlah terpengaruh ngan iklan2 menggagumkan model-model SKii. HUHUHUHUHHU~




Aim yang promosi jela dulu.-_-''




5) ' A Doctor in the House ' by Tun Dr. Mahathir Mohamad


yang ni lak sebab aku juga adalah peminat dan penyokong setia my hero, Tun Dr. Mahathir. Cakapla hapa pom, xkan menggoyahkan kesetiaan aku ,kecintaan aku kepada my hero. Dia contoh terbaik untuk orang melayu yang berwawasan macam aku dan yang nak berjaya macam beliau. Oleh kerana buku2nya sebelum ini aku pom ada baca, juga kerana aku adalah seorang yang gemar membaca ( percayala ^^)maka ini buku is a MUST! Buku ini adalah puncak kepada hasil penulisan beliau.


Buku ni pom aku dah beli..huahahhahaaa...baru muka surat 60.huhu..im a very busy woman, ok.


Buku yang paling aku sayang ^^


My hero =D




Itulah dulu buat masa sekarang. Aku target dalam masa setahun semua ini akan menjadi kenyataan..(setahun tu padanla ngan aku yang dari kategori golongan pertengahan nikan..ehehehe) Kalau sifat tamak haloba datang lagi, makanya akan bertambah jugala list lagha ni. =))



Sekian.














No comments: