Tuesday, October 16, 2012

Nasihat pasal bulu-buluan ^^

Sila jangan emosi.

bukan nak berceramah tapi cuma sekadar berkongsi sedikit info yang aku tahu.
jgn ada nnti yg panggil aku ustajah pulak.
sebab bagi aku, perkara yang kita tahu wajibla war-warkan kepada orang yg tidak tahu
supaya kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
Pe salahnya bende kau xtau, aku bagi tau,
bende aku xtau, kau bagitau.
Memangla nak ikutkan dosa ni mana-mana, bila-bila pom bole jadikan,
tapi, tapi kalau boleh kurang 1 dosa, kan bagus tu ^^
*kelip-kelip*
Lagi satu kerana aku rasa bertanggungjawab nak menegur
* nampak very d poyos, i know*
tapi sila baca dan fahami apa yg aku nak sampaikan dengan hati yang terbuka dan tenang.
Bukannya aku nak berlagak alim warak..tapi yela dah salah dan tak nakla dia buat perkara yang
salah dan menggalakkan lagi orang2 yg xsepatotnya ikut, ikut.

Pasal cukur bulu lengan/kaki selain bulu kening, kemaluan dan ketiak,
aku tak jumpa lagi yg betol2 aku rasa yakin nak share,
nak bagi hukum hakam sendiri kang xpasal-pasal  kena panah petir pulak.
cuma bagi aku,
watpe nak cukur bulu lengan kaki segala kalau dah mmg tempat2 tu namanya aurat,
bila aurat wajib tutup.

kalau suami kau suruh cukur licin habis semua macam ayam togel tu mungkinlah kan..ntah..bab ni aku xsure.

Aku nasihat sebab secara jujurnya aku ambil berat.
Kalau aku xkesah, lantak hengkaulaa =)
Kalau terasa, aku mintak maaf banyak2,
kalau nak maki, makila diam2..ahahhahaa,
kalau terharu, i love u..muahhahaahhahaahaha...


Kat bawah ni aku copy paste dari laman web jakim..
Pandai-pandaila fikir..


Batas-Batas Dalam Berhias
Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu,
wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka,
wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.

Huraian Hadith:

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.


Waallahualam...


No comments: